Tuesday, November 20, 2007

Syurga Dan Neraka


Dengan Nama Allah s.w.t, saya memulakan langkah baru untuk menulis satu rencana berkaitan syurga dan neraka..begitulah tema blog saya yang berkaitan Riyadatul solihin yang menjadi impian setiap insan...Moga-moga kita sekalian di tempatkan di syurga yang kekal abadi dan begitulah harapan dari kami sekeluarga As-Sufiani As-Syarif, moga impian kita menjadi kenyataan...Amin...

Manusia dimasukkan ke dalam Neraka kerana keadilan ALLAH. Tidak ada siapa pun yang dilemparkan ke dalam Neraka kerana terzalim. Mereka yang dilemparkan ke Neraka juga tidak terasa dizalimi.Penghuni Neraka itu sendiri akan merasakan patut dan layak mereka itu dicampakkan ke dalam Neraka dan semua mereka sedar akan punca dan sebab-sebannya. Namun demikian, keadaan ini tidak sama dengan Syurga.Hakikatnya adalah tidak adil kalau manusia itu dimasukkan ke Syurga. Tidak ada manusia yang layak untuk ke Syurga. Tidak ada kebaikan atau amalan soleh yang dibuat oleh manusia yang dengan sebabnya ia dapat memebeli nikmat Syurga. Walaubagaimana banyak dan hebatnya amalan soleh seseorang manusia itu, ia tidak akan dapat menebus walaupun nikmat sebelah mata. Ini belum lagi nikmat-nikmat yang lain.Jauh sekalilah untuk membeli Syurga.ALLAH SWT memasukan manusia ke dalam Syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmat-Nya. Rasul saw pernah bersabda:"Manusia tidak dimasukkan ke dalam Syurga kerana amalannya." Maka Sahabat bertanya: "Tidakkah juga engkau ya Rasulullah?" Rasul SAW menjawab,"Ya, tidak juga aku. Aku dimasukkan ke Syurga kerana rahmat ALLAH." Kalaulah kasih sayang dan rahmat ALLAH menjadi sebab kita masuk ke Syurga, maka itulah yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat mestilah untuk menagih dan mencari kasih sayang dan rahmat ALLAH. Dorongan untuk berjuang dan beramal juga mestilah untuk mendapatkan kasih sayng dan rahmat ALLAH. Dorongan untuk kita menjauhi maksiat juga adalah kerana takut tersisih dan terlepas daripada kasih sayang dan rahmat ALLAH dan takut ALLAH murka terhadap kita. Justeru itu kita mestilah berusaha mendapatkan perkara-perkara yang mendatangkan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Diantaranya:- -Banyak menyebut nama-nama orang soleh kerana menyebut nama-nma orang soleh mendatangkan rahmat.

-Makan bersama orang soleh kerana ia mendatangkan rahmat. -Menerima tetamu kerana datangny tetamu membawa rahmat dan perginya menghapuskan dosa.

-Banyakkan amalan sunat kerana di dalam hadis Qudsi,ALLAH berfirman: "Hendaklah kamu melakukan sebanyak-bnyaknya amalan sunat sehingga Aku jatuh cinta dan sayang kepadamu." Di dalam konteks yang sama, beramal untuk mendapatkan pahala dan fadhilat dari ibadah yang kita buat tidak memberi erti apa-apa. Pahala dan fadhilat bukanlah syarat utama manusia dimasukkan ke dalam Syurga. Ia bukan matawang untuk kita membeli Syurga. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan pahala dan fadhilat. Orang yang bermalas untuk mendapatkan pahala dan fadhilat seolah-olah telah mengkesampingkan Tuhan. Seolah-oleh mereka telah menggantikan peranan Tuhan dengan fadhilat dan pahala untuk masuk ke Syurga. Seolah-olah dengan mendapat pahala dan fadhilat yang banya menjamin mendapat kasih sayang Tuhan dan terhindar daripada kemurkaan Tuhan.

Yang lebih membahayakan lagi ialah apabila pahala dan fadhilat menjadi matlamat ibadah mereka dan bukan lagi Tuhan.Walaupun mulut mereka berkata: " Sahaja aku solat, puasa , zakat dan haji serta sebagainya kerana ALLAH Taala." tetapi hati mereka mentasdikkan untuk mendapat pahala dan fadhilat. Pahala dan fadhilat adalah apa yang ALLAH janjikan di atas amalan soleh kita dan urusan ALLAH. Bukan kerananya kita beramal. Kerana kalau kita beramal kerana untuk mendapatkan pahala, fadhilat dan Syurga, maka kita telah beramal kerana makhluk bukan lagi Tuhan.

Pahala dan fadhilat itu ibarat hadiah dari Tuhan.Adakah kita berlumba-lumba beramal untuk mendapatkan hadiah itu tetapi melupakan Tuhan yang memberi hadiah itu? Apakah yang perlu kita sanjung dan utamakan, hadiah atau pemberi hadiah? Kalaupun kita mendapat mengumpul sebanyak-banyak pahala dan fadhilat, apalah gunanya kalau tidak mendapat kasih sayang dan rahmat Tuhan? Janganlah kita tertipu dalam beramal kerana setiap amalan mestilah berdasarkan ilmu yang tepat. Ilmu yang tepat itu pula mestilah berdasarkan guru yang mursyid bukannya sebarang guru, lebih-lebih lagi kalau bergurukan kepada buku. Kerana sesiapa yang mencari ilmu tanpa berguru, hanya sekadar membaca buku, maka syaitanlah gurunya. Jadi, koreksilah diri kita. Adakah kita beramal kerana Tuhan ataupun fadhilat?



No comments: